Andai Ini Kunjungan Terakhirku

Ini kali ketiga Yus menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah. Ketika KT63 mendarat di Lapangan Terbang Jeddah, air mata Yus mercik di kelopak mata. Badan terasa letih kerana penerbangan 8 jam namun dibaikan kerana hasrat untuk menunaikan haji telah tercapai.

"Alhamdulillah kita dah sampai ke bumi agong" bisik Yus kepada isterinya Ummi Syafiqah. Ummi tersenyum namun Yus berkata  " Nak genggam tangan tak bolehkan, abang telah berikhram".

Pendaratan KT63 tanpa Atiqah, Aqilah. Kalau kali pertama Yus menunaikan umrah bersama-sama dua puterinya. Kali ini kehadiran ke Mekah untuk menunaikan haji. Selama 47 hari semua anak-anak terpaksa dtinggalkan dengan lindungan Allah.

Selesai mengumpul jemaah haji, bas yang mereka bertolak dari Jedah ke Kota Mekah. Jika dicampur semua jam perjalanan, kini Yus dan jemaah lain telah lebih 13 jam bermusafir.

"Ummi, kita buat yang terbaik ya ketika di Tanah Suci nanti....." Kata Yusof sambil mengengam tangan Ummi semasa balik dari urusan dengan Tabung Haji di Kuala Lumpur. Ummi mengangguk kepala. 

"Usia kita sudah 61 tahun, harap-harap kita tak ada masalah di sana nanti ye bang," kata Ummi. 

Ketika bas tiba di hadapan hotel Jawad Al Taj, Imam di Masjidil Haram baru memberi salam. Ahh tak dapat jemaah dengan imam Subuh ini bisik hati Yusof. Jalan di depan hotel penuh dengan jemaah yang berjalan ke Masjidil Haram. Ada yang memakai ikhran ada yang tidak. Bagi Yusof pemandangan begitu tidak mengejutkan kerana sebelum ini dia sudah pernah sampai menunaikan umrah.

Tidak semua ahli rombongan yang Yusof kenal lagi. Maklumlah baru saja berkenalan sebelum ini di Kompleks Movenpick. Yang dia harus jaga ialah isterinya Ummi.

"Ingat anak-anak dan menantu ayah. Kami pergi buat haji lama. Kami akan bermusafir hampir dua bulan. Jaga diri baik-baik. Banyakkan berdoa. Jangan tinggal solat," pesan Yusof kepada anak menantunya sewaktu ucapan terakhir sebelum berangkat. Pakaian ikhram telah dipakai kemas oleh Yusof.

"Anggaplah pemergian kami seperti kembalinya kami ke Alam Barzah", Aqilah mengesat air mata. Amirah mengelap pipinya. Atiqah menelan air liur sedih. Muka Ummi merah kesedihan.

"Percayalah kami pergi melakukan ibadah. Jadi percayalah semuanya akan dilindungi Allah".

Di perkarangan Masjidil Haram begitu ramai jemaah. Musim haji memang luar biasa jumlahnya. Walaupun Yusof dan pernah datang menunaikan umrah, untuk menunaikan umrah kali ini mereka masih mengikuti ahli rombangan yang datang bersama-sama.

"Biarlah yang pertama ni kita ikut kumpulan yang ada. Tak manis terpisah," pesan Yus kepada Ummi. Ummi mengangguk kepala setuju.

"Ummi ingat lagi pintu 70?" Ummi mengangguk kepala.
"Masih ingat pintu 91?" Ummi mengangguk kepala.

Yus tersenyum. "Tengok Ummi jemaah ramai tawaf, Camkan Sudut Hajar Aswad ye. Ingat lampu hijau yang kita buat panduan masa buat umrah dulu.

Bukit Safa begitu ramai orang pagi itu. Namun semuanya kena dilalui juga untuk melengkapkan rukun Umrah pagi itu. Selepas ini mereka boleh bertahlul dan bebas pantang ikhram sebelum sampai hari melakukan haji mulai 8 Zulhijjah.

"Kenapa bang......kenapa ni," Yus berhenti di pinggir tempat mengambil Air Zam-Zam.
"Abang Hypo. Lapar. Cuba ambil air zam-zam kita minum dulu ambil tenaga.

Dua cawan Yus minum air zam-zam. Akhirnya selesai tujuh pusingan Yus dan Ummi Sai jika mengambil kira semuanya lebih dari 4 kilometer.

"Alhamdulillah selesai. Lihat dan kenangkanlah pengorbanan Siti Hajar dalam usaha mencari air kepada puteranya Ismail (nabi)" bisik Yusof sewaktu keluar dari kawasan Safa Marwah.

"Kali ini tak banyak peluang nak ambil angin kat laman masjid, orang ramai," bisik Yus kepada Ummi. "Tak macam masa kita buat umrah, banyak kawasan lapang di laman masjid" sambung Yus lagi.

Menjelang hari Wukuf, Yus dan Ummi serta rakan-rakan bakal haji tak banyak berada di luar hatel. Maklumlah suhu ada kalanya mencecah hingga 51 darjah Celcius.

BERSAMBUNG.........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Takdir

Mak Ngahku

Cerpen: IBU