Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Andai Ini Kunjungan Terakhirku

Ini kali ketiga Yus menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah. Ketika KT63 mendarat di Lapangan Terbang Jeddah, air mata Yus mercik di kelopak mata. Badan terasa letih kerana penerbangan 8 jam namun dibaikan kerana hasrat untuk menunaikan haji telah tercapai. "Alhamdulillah kita dah sampai ke bumi agong" bisik Yus kepada isterinya Ummi Syafiqah. Ummi tersenyum namun Yus berkata  " Nak genggam tangan tak bolehkan, abang telah berikhram". Pendaratan KT63 tanpa Atiqah, Aqilah. Kalau kali pertama Yus menunaikan umrah bersama-sama dua puterinya. Kali ini kehadiran ke Mekah untuk menunaikan haji. Selama 47 hari semua anak-anak terpaksa dtinggalkan dengan lindungan Allah. Selesai mengumpul jemaah haji, bas yang mereka bertolak dari Jedah ke Kota Mekah. Jika dicampur semua jam perjalanan, kini Yus dan jemaah lain telah lebih 13 jam bermusafir. "Ummi, kita buat yang terbaik ya ketika di Tanah Suci nanti....." Kata Yusof sambil mengengam tangan Ummi sema