Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2005

Carik-carik Bulu Ayam

[Karya ini pernah tersiar dalam ruangan Secebis Kisah Utusan Malaysia ] (Keluaran 14 Oktober 1993) Kurang sepuluh minit jam lima pagi aku telah sampai di perhentian bas Butterworth. Sewaktu azan membelah subuh dari masjid Permatang Pasir, teksi yang aku tumpangi berhenti di halaman rumah Pak Ngah Musa. Udara segar datang dari arah sawah menyamankan aku lalu mengukir semula kenangan lima belas tahun lalu. Waktu itu nenek masih hidup. Aku dan emak sama-sama mengerjakan sawah. Sekarang emak telah tiada. Waktu itu sawah dan lumpur mainan emak dan aku. Paling menyeronokkan bila tiba musim padi menguning. Bau harum daun padi yang kering mengasyikkan sekali. Pak Ngah Musa waktu itu masih muda. Dialah membantu emak dan nenek membanting padi dan membajak. Upahnya ikut cara keluarga. Hasil banyak merasa semua. Hasil sedikit sama diagih. Menurut cerita emak mereka adik beradik hidup bermuafakat. Itu aturan datuk ke atas anak-anaknya. Arwah ayahku berasal dari Perak, dia merantau da

Takdir

[Karya ini pernah tersiar dalam ruangan Secebis Kisah Utusan Malaysia ] (Keluaran 4 Feb 1994) Ketika Hakim Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman ke atas Abang Jalil, Kak Milah jatuh pengsan. Mahkamah gempar. Aku dan keluarga Kak Milah yang keluarga mengeluarkan Kak Milah dari kamar mahkamah untuk memulihkannya. Abang Jalil merenung sayu sambil dibawa keluar oleh anggota polis ke Black Maria. Ketika Kak Milah pulih, Abang Jalil telah jauh dibawa pergi. "Kak Milah malu Man. Kak Milah kesal. Kenapalah Abang Jalil sanggup melakukan perkara terkutuk itu", Kak Milah bersuara lemah. Aku menghulurkan air sejuk untuk Kak Milah. "Sudahlah Kak Milah, ini semua kehendak Allah. Allah masih menyayanginya," pujuk aku. "Kasihan kata Man..?" Kak Milah seperti tidak faham maksud kata-kataku. "Ya, Allah masih mahu Abang Jalil bertaubat. Bila dia mati nanti dosanya akan terampun,"kataku. "Mati, mati di tali gantung?" seperti meraung Kak Milah menyoal aku.

Wakaf Emak

[Karya ini pernah tersiar dalam ruangan Secebis Kisah Utusan Malaysia ] (Keluaran 21 Mei 1992) Sudah lima puluh hari emak kembali ke Rahmatullah. Bagaikan bermimpi petang itu kereta Proton Saga putih berhenti di depan rumah teres dua tingkat kami. Aku mengejutkan abang Ramlan yang sedang menidurkan Nur Amirah. Abang Ramlah mengenakan cermin matanya sambil menjengah ke luar dari celah langsir. "Paksu, masuk Paksu, masuk" pelawa ramah abang Ramlan. Dari dalam kereta keluar seorang perempuan yang aku fikir mungkin itu Maksu abang Ramlan. Aku tidak pernah melihat Paksu dan Maksu sebab abang Ramlan tidak pernah membawa bertemu dengan mereka sejak kami berkahwin kerana emak selalu uzur dan tidak dapat berjalan jauh. "Lama tak jumpa.." kata abang Ramlan sambil bersalaman dengan Paksu. "Mana nak jumpa selalu, kau sudah jadi orang kaya sekarang," balas Maksu sambil meletakkan beg tangan di atas tempat duduk. "Alhamdulillah….., kaya tidak tapi senang adalah

Mak Ngahku

[Karya ini pernah tersiar dalam ruangan Secebis Kisah Utusan Malaysia ] (Keluaran 7 Mei 1992) Penerbangan aku ke UK jam 11 malam. Hasrul meminta diri untuk pulang memandangkan emaknya, Mak Ngah sudah keletihan. Aku akur dengan permintaannya kerana Hasrul sedang membawa anak kecilnya yang masih berusia tiga bulan. Fikirku cukuplah kehadiran mereka walaupun sekejap. Sewaktu bersalam ku lihat Mak Ngah menitiskan air mata kesayuan. Maklumlah akulah anak saudaranya yang agak rapat. Dia kemudian memeluk anak-anak aku. Ketika itu semua sahabat handai yang hadir melihat drama sayu itu. "Azmi, belajar betul-betul jangan risaukan keluarga di sini. Jaga diri baik-baik," pesan Mak Ngah. "Bila Azmi balik nanti mak kenalah panggil dia doktor!" usikan Hasrul membuatkan aku tersenyum. "Bolehlah ubatkan Mak Ngah…" Mak Ngah bergurau. "Azmi bukan nak jadi jadi doktor perubatan Mak Ngah, doktor falsafah," aku membetulkan sangkaan Mak Ngah" Mak Ngah men

Cerpen: IBU

Cerpen ini telah disiarkan oleh majalah Al-Ummah bil 16. Februari 1989 B aru sebentar emaknya menutup mata dengan rapat meninggalkan segala keindahan alam ini. Seketika tadi juga emaknya berbicara dalam nafas yang semput-semput. Ramli mengesat airmata yang menitis bagaikan manik-manik embun di dedaun ketika pagi. Kesayuan mencengkam perasaannya, lalu disedari dia kini telah kehilangan sesuatu yang sukar dicari ganti. Wajah pucat jasad emaknya ditenung dalam-dalam. Ada kesayuan pada wajah itu. Dan di wajah Ramli bagaikan terukir sebuah harapan yang suci sudah terlaksaana menjadi nyata. Kemudian Ramli menutup wajah sekujur tubuh yang sudah sejuk itu dengan kain batik panjang. Perlahan-lahan Ramli membaca surah Fatihah untuk roh emaknya yang sudah jauh pergi menemui Illahi. "Kehidupan ini hanya sementara. Semua diantara kita yang masih hidup sekarang ini pasti akan menemui maut. Tidak ada sesiapa yang dapat melarikan diri dari maut yang pasti akan datang bila-bila masa",